fbpx

Wanita lebih suka lelaki matang berbanding ideal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dalam hubungan, idaman wanita bukan sekadar hadiah mahal atau kejutan romantis tetapi pasangan yang memiliki kecerdasan emosi tinggi.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, lelaki yang matang secara emosi mampu mencipta hubungan lebih bermakna dan penuh kasih sayang.

“Bukan sebab sempurna, tapi kerana dia cuba untuk faham dan hadir,” ujarnya dalam kenyataan itu.

PHM turut menjelaskan bahawa lelaki dengan kecerdasan emosi tinggi memiliki beberapa ciri penting yang boleh menjadikan hubungan lebih harmoni.

Antaranya ialah kemampuan untuk memahami emosi pasangan dengan baik, seperti mengetahui bila pasangan memerlukan sokongan tanpa perlu diminta.

Selain itu, mereka juga mampu berkomunikasi dengan tenang, khususnya ketika menyelesaikan masalah tanpa meninggikan suara.

“Lelaki yang matang emosi juga menunjukkan empati dengan memahami cabaran hidup yang dihadapi pasangan tanpa menganggapnya sebagai rungutan semata-mata,” jelasnya.

Lebih daripada itu, mereka tidak takut untuk berkongsi perasaan dan menunjukkan kelemahan, kerana menganggapnya sebagai tanda kepercayaan dalam hubungan.

Selain itu, PHM berpesan buat lelaki di luar sana bahawa ini bukan soal menjadi lelaki ‘ideal’ tetapi bagaimana untuk menjadi pasangan yang lebih baik.

“Emosi itu bukan musuh tetapi kekuatan, kalau anda tahu mengendalikannya,” tegas PHM mengakhiri hantaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI