PETALING JAYA – Cubaan seorang wanita dipercayai warga Singapura memilih pam bahagian belakang untuk mengisi minyak petrol RON95 tidak berjaya apabila ia berjaya digagalkan oleh pekerja stesen minyak tersebut.
Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Johor Bahru dan video pekerja asing menggagalkan cubaan wanita itu sempat dirakam oleh seorang penunggang motosikal serta dimuat naik pada TikTok @Shahrahim.
“Patutlah parking pam hujung,” katanya menerusi kapsyen video tersebut.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok, malah ada yang berkongsi taktik sama dipercayai digunakan pengguna kenderaan dari Singapura untuk mengisi minyak RON95 bersubsidi kepada rakyat Malaysia.
“Kadang mereka ni pergi pam hujung, jadi tak nampak nombor plat. Lagi kalau dia pakai kad, kat luar kita orang tak tahu. Kalau dia bayar dalam (kaunter), kita orang boleh tengok dulu sebelum set minyak,” kata seorang pengguna TikTok staf kaunter stesen minyak.
“Kalau jenis stesen pam besar, dia ni suka cari pam hujung dan paling belakang terlindung. Kami ni dari dalam memang tak kan nampak,” kata individu lain yang juga pekerja stesen minyak.
Dalam masa sama, ada juga yang memuji tindakan pantas pekerja stesen minyak tersebut apabila dia menggagalkan cubaan wanita asing tersebut.
“Terima kasih ‘baiya’ jalankan tugas dengan betul,” kata seorang individu.
“Tergelak aku tengok muka ‘blur’ amoi tu,” ujar individu lain.
“Dia orang sebenarnya tahu tak boleh isi RON95, saja buat muka tak tahu,” kata pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE
@azlinaaafiyah MasyaAllah tabarakaAllah sekali lagi Ibu2 bapak2 ni bukan anak, ini suami sya.. 😜😜😜 Sya nmpk tua Sgt ke Dr suami?? Tp xpelh sya anggap ni satu hiburan dn nilah cara kami cipta bahagia.. Alhamdulillah.. Dktr suruh suami naik kn berat badan, nnt la sya bg lemak ni.. ❤️❤️❤️ #anugerahterindah #masyaallahtabarakkallah #familyaafiyah #tilljannah #kenanganterindah #alhamdulillah #kuatkanhati #disabledcouple #spinalcordinjury #neurofuncional #wanita #TrueLove #bangkit #truestory #cintahalal ♬ original sound – Roesdan