fbpx

‘Ibu pegang kad bank guna sampai duit habis pun tak apa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mahu memberi kehidupan yang lebih baik dan membalas jasa, pelakon Haneesya Hanee menyerahkan semua urusan kewangan kepada ibunya, Nor Sakuraneeda.

Bukan itu sahaja, dia memilih menyerahkan semua kad bank miliknya kepada ibunya untuk digunakan bila-bila masa tanpa had.

Menurut Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan, 25, tidak pernah berasa risau, tindakan tersebut adalah mahu berkongsi segala hasil titik peluh bersama wanita yang sudah banyak berkorban membesarkan dan menjaganya sejak kecil itu.

“Kad bank saya ada pada ibu. Dia pegang dan boleh guna bila-bila sahaja sampai duit habis pun tak apa.

“Duit saya miliknya juga sebab bukan saya saja yang bekerja. Mummy juga pengurus, pembantu peribadi, pemandu dan personal motivator saya.

“Pernah lihat reaksi wajah ibu awak apabila dia membeli sesuatu menggunakan duit kalian sendiri? Riak wajah bangga itu yang saya inginkan,” katanya dalam Instagtam Story.

Meski sudah memberi kebebasan, Haneesa berkata ibunya tetap meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan duitnya.

“Dia sebenarnya tak sanggup pun guna duit saya. Sebelum guna, dia mesti minta izin dahulu dan saya akan sentiasa mengizinkannya.

“Semua ini sebab berkat doanya setiap masa. Saya percaya rezeki yang saya dapat sebenarnya hasil doa dia.

“Tak cukup dan banyak lagi saya nak bagi. Tak terbayar dan terganti dengan apa yang mummy sudah buat untuk saya,” jelasnya.

Perkara tersebut dikongsi Haneesya selepas netizen bertanya soalan menerusi ruangan ‘ask me question’ dalam Instagram Story semalam.

“Betul ke awak bagi semua gaji kepada mommy? Mommy awak yang minta? Sanggup ya guna duit anak,” soal individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI