PETALING JAYA – Sering kali diajukan soalan tentang bapa mereka membuatkan dua anak lelaki pelakon sensasi, Rita Rudaini mula berasa muak.
Dalam video yang kini tular dalam media sosial, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, dilihat berbual dengan anak-anaknya tentang soalan-soalan yang sering diajukan netizen.
“Netizen cakap kesian kat Rayyan dengan Arjuna sebab tak jumpa bapak,” kata Rita kepada anak-anaknya.
“Tak payah kesian. Rayyan duduk di rumah mana ada menangis setiap hari,” balas anak sulungnya iaitu Rayyan secara spontan.
Tambah Rita lagi, dia mengajar anak-anaknya supaya kuat dan tahan daripada membaca komen-komen netizen.
“Saya dah biasa. Dah berapa juta kali dengar soalan-soalan netizen. Dah muak dengar. Saya tidak terkesan langsung dengan komen-komen netizen,” kata Rayyan lagi.
Anak kedua Rita iaitu Arjuna turut bersetuju dengan kenyataan abangnya bahawa mereka berdua sudah ‘immune’ dengan segala komen netizen.
Untuk rekod, Rita berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada tahun 2008. Namun mereka bercerai pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14. – KOSMO! ONLINE