fbpx

Satu maut, empat cedera ditembak di perairan Morib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan dipercayai berlaku di sekitar perairan kawasan Pantai Morib, dekat sini.

Semua mangsa dipercayai merupakan warga Indonesia namun identiti semua individu terbabit belum diperolehi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian tembakan itu dipercayai berlaku pada awal pagi ini melibatkan lima mangsa dengan seorang disahkan mati di lokasi kejadian.

“Tiga yang cedera dihantar ke Hospital Serdang manakala seorang lagi yang turut cedera menerima rawatan di Hospital Klang,” katanya hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan IPD Sepang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI