fbpx

Saintis jumpa dua gunung 100 kali lebih tinggi daripada Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Gunung Everest. - Foto AFP

AMSTERDAM – Dua gunung rahsia ditemui oleh sekumpulan saints disahkan  melebihi  100 kali ganda lebih tinggi daripada Gunung Everest di Nepal yang memiliki ketinggian  8,800 meter, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penemuan itu dibuat oleh kumpulan saintis Universiti Utrecht di Belanda.

Mereka berkata, dua gunung setinggi 1,000 kilometer itu terletak di sempadan antara teras dengan lapisan mantel Bumi  di bawah Benua Afrika dan Lautan Pasifik.

Dua gunung  itu dianggarkan berusia sekurang-kurangnya setengah bilion tahun dan dipercayai wujud selepas pembentukan Bumi, empat bilion tahun  lalu.

Ketua kajian, Dr. Arwen Deuss berkata: “Tiada siapa yang tahu sama ada dua gunung ini hanya fenomena sementara atau jika ia telah wujud selama berjuta-juta atau mungkin berbilion-bilion tahun.”

Sebelum ini, saintis-saintis mengetahui  bahawa terdapat struktur besar yang tersembunyi jauh di dalam mantel Bumi.

Maklumat itu diketahui mungkin kerana gelombang kejutan seismik yang berlaku akibat daripada gempa bumi dan kemudian merebak ke bahagian dalam planet ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI