fbpx

Polis percaya ada ‘pointer’ bantu suspek kes pecah rumah, samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLEE NAZIR (kiri) mengiringi Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin (dua dari kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man (tiga dari kiri) pada Majlis Perasmian Kempen 'Rumah Selamat, Selamat Sampai' Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pahang di Bera hari ini.

BERA – Polis percaya ada ‘pointer’ dalam kalangan penduduk setempat yang membantu memberi maklumat kepada suspek dalam kes pecah rumah dan samun bersenjata di sebuah rumah di Kampung Batu Bor di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek.

“Jadi kita percaya sebenarnya dia ada ‘pointer’ di kawasan berdekatan sebab suspek mungkin orang luar, jadi mesti ada ‘pointer’ dia tahu rumah ini tidak ada tuan dan sebagainya.

“Kita giat mengesan suspek dan berkolaborasi dengan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) berhampiran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Kempen ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai’ Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan seorang wanita warga emas trauma selepas rumahnya dipecah masuk pencuri pada waktu siang dan dia diikat serta diacukan parang di leher.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari 3 Januari lalu di Kampung Batu Bor itu berlaku ketika Che Wan Norizan Che Wan Othman,66, bersendirian kerana suaminya Abdul Jamal Lebar,66, pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

Akibat kejadian mangsa kehilangan wang tunai kira-kira RM1,000, dua buah telefon bimbit, kunci kereta dan dompet yang mengandungi kad pengenalan,kad bank serta kad pesara milik suaminya.

Dalam pada itu Zulkiflee berkata, berdasarkan siasatan modus operandi dalam kes itu ialah suspek melakukan samun dan pecah rumah ketika suami mangsa ke masjid dan ketika mangsa berada seorang diri di rumah.

Katanya, usaha mengesan suspek giat dilakukan dalam pelbagai aspek dan melibatkan beberapa elemen siasatan yang tidak dapat didedahkan.

Tambahnya pihaknya juga bekerjasama dengan Ibu PeJabat polis Daerah (IPD) berhampiran seperti IPD Maran dan juga Temerloh dalam mengesan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI