fbpx

Polis belum terima notis lengkap penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi bercakap kepada pemberita di IPK KL hari ini. Foto ISKANDAR ISHAK/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis masih belum menerima notis pemberitahuan yang lengkap bagi penganjuran ‘Himpunan Rakyat Benci Rasuah’ yang akan dijangka berhimpu di Kompleks SOGO dan berarak ke Dataran Merdeka, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak penganjur himpunan berkenaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, polis sebelum ini meminta penganjur melengkapkan notis pemberitahuan itu kerana tidak disertakan salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan.

“Kuala Lumpur ini ada dua tempat yang digazetkan untuk berhimpun iaitu di Dataran Merdeka dan Padang Merbok milik DBKL, bagi menggunakan tempat ini dikenakan bayaran.

“Ini kerana setiap kali ada perhimpunan pasti akan berlakunya kerosakkan dan sekiranya ada, bayaran itu sebagai cagaran untuk menanggung kerosakkan dalam himpunan tersebut.

“Kita memberikan kebebasan seluas-luasnya pada orang ramai (berhimpun) tapi ia bukan hak mutlak kerana perlu melalui proses undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut Rusdi, penganjur perlu mendapatkan kebenaran pemilikan tanah untuk berhimpun mengikut undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012.

Selain itu, mereka perlu mematuhi peraturan antaranya tidak boleh membawa kanak-kanak dan banner yang tertera perkataan bukan-bukan serta perarakan.

“Bagaimanapun, kita akan menggerakkan kira-kira 400 pegawai dan anggota untuk ditugaskan mengawal serta memantau penganjuran perhimpunan esok.

“Buat masa ini, tiada penutupan jalan akan dilakukan namun ia bergantung kepada keadaan semasa esok,” jelasnya.

Difahamkan, himpunan itu akan bermula di SOGO KL pukul 2.30 petang esok sebelum berarak di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan akan berakhir di Dataran Merdeka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI