fbpx

Pemprofilan mudahkan pemantauan, integrasi ahli GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kaedah pemprofilan digunakan bagi memantau pergerakan individu serta anak-anak yang terkait dengan GISBH Holding (GISBH).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pemprofilan itu akan memudahkan mengetahui lokasi dan berintegrasi dengan mereka termasuk kumpulan interaksi yang telah diwujudkan pihaknya.

Katanya, pihaknya tidak boleh memaksa mereka tinggal dalam satu-satu kawasan sahaja yang mengelakkan integrasi dengan masyarakat keseluruhannya.

“Selagi ada pemprofilan, kita tahu kedudukan dan mereka sentiasa dalam radar kita. Lagipun jelas kita mahu pastikan wujud integrasi dan menggerakan segala usaha supaya mereka boleh duduk dalam arus perdana kita, ” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan JAIS ketika ini dalam pemantauan ahli-ahli GISBH termasuk yang telah dibenarkan membawa pulang anak-anak mereka.

Mohd. Shahzihan menambah, pengintegrasian tersebut memerlukan sokongan sosial dalam memastikan kelangsungan hidup selain mengikuti sesi persekolahan formal.

Jelasnya, ia memerlukan kerjasama semua agensi bagi memastikan kelancaran proses integrasi.

Dalam pada itu, kata beliau, kira-kira 60 individu telah tampil secara sukarela bagi mengikut proses rehabiltasi pemulihan dengan dikendalikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Untuk permulaan boleh diletakkan mereka di satu tempat khusus namun kelangsungan rehabiltasi harus berlaku dalam kesaksamaan dengan mereka dibenarkan tinggal bersama masyarakat.

“Modulnya telah ada dan hanya tunggu dilaksanakan sahaja. Rehabiltasi boleh berlaku di masjid, di surau serta dalam sistem sekolah termasuk sekolah agama JAIS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI