fbpx

Padah langgar lari, pemandu BMW didenda RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KA HEN didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu kereta mewah jenis BMW yang bertindak melarikan diri selepas melanggar sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan pemandunya patah tangan didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh, Christopher Lim Ka Hen, 27, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret, Nur Fatin Mohamad Farid.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh ditarik dan diarah menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ka Hen yang merupakan pemandu kereta BMW didakwa memandu tanpa pertimbangan munasabah di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Danga – Jalan Nusa Bestari di sini, kira-kira pukul 3.10 pagi, 17 Januari lalu.

Terdahulu, tertuduh yang merupakan pekerja swasta dan tidak diwakili peguam itu memohon hukuman ringan diberi atas alasan masih bujang dan mempunyai ibu bapa.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Inspektor S. Vikineswary. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI