fbpx

MSU ungguli Anugerah Emas Putra Aria Brand Awards 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU, Datuk Rosli Yusof ketika menerima anugerah terbabit, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) telah mengungguli Putra Aria Brand Awards 2024 bagi kategori Pendidikan dan Pengajaran apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah Emas, baru-baru ini.

MSU dalam satu kenyataan menjelaskan, pengiktirafan itu membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam membina jenama pendidikan tinggi yang dekat dan dipercayai di Malaysia dan di peringkat global.

Bukan itu sahaja, MSU turut memberi motivasi kepada warga universiti untuk terus memperkasakan kualiti pendidikan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ke arah melahirkan graduan yang seimbang, kompeten dan versatil selaras dengan dengan moto universiti iaitu Transforming Lives, Enriching Future.

“Pencapaian ini juga merupakan penanda aras kepada pencapaian MSU kepada enam indikator iaitu industri dan kebolehpasaran, keusahawanan, pengantarabangsaan, penyelidikan, program lestari dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajaran sepanjang hayat.

“Anugerah Putra Aria Brand Awards merupakan inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama yang paling dekat di hati rakyat Malaysia dengan penilaian berdasarkan pilihan pengguna serta mendapat pengesahan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, pemenang dipilih melalui kajian membabitkan sekurang-kurangnya 6,000 pengguna di Malaysia bagi menentukan jenama kegemaran negara dalam pelbagai kategori.

Sebelum ini, MSU juga merupakan penerima Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa masing-masing bagi Putra Aria Brand Awards 2023 dan Putra Aria Brand Awards 2022. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI