fbpx

Mayat ditemui dalam ladang sawit dipercayai jasad Siew Hat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
mayat seorang lelaki yang ditemui di dalam ladang kelapa sawit di Batu 17 Jalan Kluang-Kahang, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seorang pekerja ladang menemui mayat seorang lelaki di kebun kelapa sawit di Batu 17 Jalan Kluang – Kahang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penemuan dilaporkan pada pukul 6.45 petang oleh seorang lelaki warga asing sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Katanya, mayat ditemui di Blok 19B, Ladang Sayong Plantation Sdn. Bhd. di Kahang bersama motosikal berwarna hitam ketika warga asing itu sedang memotong buah kelapa sawit di ladang berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan terbaring di tepi jalan berhampiran motosikal yang bersabit dengan laporan bertarikh 15 Januari lalu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan warga emas, Lee Siew Hat, 73.

“Pemeriksaan dikawasan sekitar telah menemui barang-barang peribadi serta pakaian dipercayai milik si mati,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti sebenar lelaki berkenaan manakala kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Pada 16 Januari lalu, seorang lelaki warga emas, Lee Siew Hat, 73, yang tinggal di Taman Kahang Baru, Kahang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya di Batu 17, Jalan Kluang – Kluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI