fbpx

Man. City kelompok bawahan Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain City kelihat sugul selepas melepaskan empat gol untuk tewas 2-4 biarpun sudah mendahului 2-0 sebelum itu. - AFP

PARIS – Manchester City berada di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas tewas 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada perlawanan yang berlangsung di Parc des Princes awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, City terlebih dahulu mendahului perlawanan 2-0 menerusi gol Jack Grealish dan Erling Haaland sebelum PSG bangkit hasil jaringan Ousmane Dembele, Bradley Barcola, Joao Neves serta Goncalo Ramos.

Pengurus The Citizens, Pep Guardiola mengakui, pasukan tuan rumah menampilkan corak permainan lebih baik berbanding City selain memiliki motivasi cukup tinggi untuk keluar dari zon penyingkiran.

“Pada separuh masa pertama, mereka memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan bermain lebih baik daripada kami. Kami sudah cuba melakukan yang terbaik bagi menghalang gol pertama mereka tetapi belum cukup.

“Ketika kami mendahului 2-0, mereka mungkin rasa tertekan dengan kemungkinan untuk tersingkir, jadi daripada situlah PSG mendapat semangat dan memulakan detik kebangkitan,” katanya.

Menerusi kekalahan itu, City menghuni tangga ke-25 mengumpul lapan mata, hanya dua mata dipisahkan dengan kedudukan ke-24 yang melayakkan mereka untuk menempah slot ke aksi playoff.

“Kami ada satu lagi perlawanan menentang Club Brugge selepas ini. Sekiranya kami gagal catat kemenangan, maka kami tidak layak untuk meneruskan kemaraan, jadi perlawanan itu sangat penting,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI