fbpx

Malaysia tidak keluar WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penulisan blog yang mengatakan Malaysia akan keluar daripada WHO adalah palsu.

PETALING JAYA – Malaysia tidak akan mengikuti langkah Amerika Syarikat (AS) keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Laman Facebook Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dakwaan Malaysia akan keluar WHO adalah tidak benar.

Laman Facebook tersebut turut menafikan satu sidang media berkenaan Malaysia keluar WHO akan berlangsung hari ini.

“Untuk makluman umum, penulisan oleh blog adalah palsu. Malaysia tidak keluar WHO,” kata laman Facebook berkenaan.

Laman Facebook itu turut memuat naik tangkap layar satu laporan yang mendakwa sidang media Malaysia keluar WHO akan diadakan hari ini.

Beberapa hari lalu, Presiden AS, Donald Trump memaklumkan negara itu akan keluar daripada WHO.

Trump mendakwa, badan kesihatan global itu gagal menguruskan pandemik Covid-19 dan krisis kesihatan antarabangsa lain.

Beliau turut mendakwa WHO tidak bertindak secara bebas daripada pengaruh politik dan mengenakan bayaran tidak adil ke atas AS berbanding negara lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI