fbpx

Liga Super: NSFC optimis benam Sang Badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad NSFC mencatatkan kemenangan sulung di laman sendiri dalam saingan Liga Super bertemu Sri Pahang pada 10 Januari lepas. - Foto ihsan NSFC

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) perlu menggunakan momentum kemenangan di laman sendiri sebagai penyuntik semangat untuk berdepan dengan Sabah FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, petang esok.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Mustapha Nagoor berkata, kemenangan sulung di gelanggang sendiri pada 10 Januari lepas adalah petanda jelas bahawa NSFC sebenarnya masih mampu mencatatkan keputusan yang diinginkan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri berkata, tekad yang kuat dan mengelak daripada melakukan kesilapan adalah formula berkesan untuk mencapai kemenangan.

“Saya percaya jika momentum ini dikekalkan kita mampu mencapai kemenangan dalam perlawanan akan datang,” katanya kepada Kosmo!.

Dengan kutipan hanya sembilan mata, skuad Hoben Jang Hoben kini menduduki tangga ke-12 liga dengan perlawanan berbaki sebanyak lapan.

Mustapha menarik perhatian, pilihan yang ada ketika ini untuk NSFC ialah mengutip sebanyak mungkin mata daripada baki lapan perlawanan tersebut.

“Setiap mata yang diraih adalah amat berharga.

“Jangan kita dipesongkan dengan kedudukan di liga kerana ia boleh menjejaskan tumpuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI