fbpx

Liga Super: JDT tekad buat TFC ‘merana’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Harimau Selatan giat menjalani latihan menjelang aksi Liga Super bertemu TFC esok. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan mengambil mudah pertemuan menentang Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super malam esok.

Pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio berkata, pemain ditagih untuk memberi komitmen penuh setiap perlawanan dan rekod perlawanan lalu tidak memberi sebarang makna.

Kata Bidoglio, skuad Harimau Selatan berada di prestasi terbaik mereka dan berharap keseluruhan pemain dapat mengekalkan rentak kemenangan bagi memburu kejuaraan Liga Super buat kali ke-11.

“Kita akan berdepan TFC buat kali kedua berturut-turut selepas aksi separuh akhir Piala Malaysia yang menyaksikan JDT menang 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

“Bagaimanapun, ini adalah aksi yang berbeza dan saya yakin pengendalinya, Badrul Afzan Razali sudah merencana sesuatu untuk pertembungan ini. Justeru, pemain tidak boleh dibuai kemenangan yang lalu sebaliknya beraksi dengan bermati-matian,” katanya.

Menurut Bidoglio, kemenangan aksi lalu meningkatkan keyakinan pemain untuk mengulangi kejayaan yang sama seterusnya membawa pulang tiga mata berharga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI