fbpx

Kesal degil pindah walaupun ditawar hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH Huang di tengah-tengah sebuah lebuh raya. - Foto Jam Press

BEIJING – Seorang pemilik rumah enggan berpindah walaupun ditawarkan 1.6 juta yuan (RM970,000) oleh pemerintah yang mahu merobohkan kediaman tersebut untuk kerja pembinaan lebuh raya baharu di Shanghai, lapor akhbar The Sun semalam.

Huang Ping tidak berganjak dengan keputusannya walaupun turut menerima pilihan berupa tiga hartanah lain kerana tidak berpuas hati dengan tawaran pemerintah.

Penduduk tempatan menggelar Huang sebagai ‘pemilik rumah paku terkuat’ di China.

Rumah itu menarik perhatian penduduk tempatan dan dibanjiri pengunjung yang mahu merakam gambar penambahan konkrit di sekeliling kediamannya.

Huang berkata: “Jika saya boleh memutarkan masa, saya akan bersetuju dengan syarat yang mereka(pemerintah) tawarkan.

Kini dia bimbang tentang bunyi bising kenderaan di sekeliling kediamannya apabila lebuh raya itu dibuka kepada lalu lintas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI