fbpx

Kes pukul OKU: Kertas siasatan hampir siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang lelaki OKU dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada 17 Januari lalu.

KEMAMAN – Kertas siasatan kes lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dipukul di Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai di sini minggu lalu hampir siap dilengkapkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, hanya laporan perubatan mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, diperlukan bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut.

“Sebelum ini, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Selepas penelitian serta semakan keterangan, Pejabat Pendakwa Raya telah mengarahkan untuk mendapatkan laporan perubatan mangsa dari hospital ,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mangsa dipukul dan disepak oleh beberapa individu di Pasar Pagi Padang Astaka, Chukai pada pukul 9.30 pagi, 17 Januari lalu berpunca rasa tidak puas hati selepas motosikal ditunggangi Ahmad Nor Al Faizan dikatakan terlanggar sebuah gerai di pasar pagi terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI