fbpx

Isu ‘ham’: Keterangan Harith Iskander selesai, ‘Cecelia Yap Song’ sedang dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sudah merakam keterangan Harith Iskander pada Rabu lalu .

PETALING JAYA – Polis sudah merakam keterangan pelawak dan pelakon, Harith Iskander pada Rabu lalu berhubung hantaran di akaun Facebooknya mengenai isu ‘ham’ yang didakwa menghina agama Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis juga mengenal pasti identiti seorang lagi individu dikenali sebagai ‘Cecelia Yap Song’ yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.

“Kita masih dalam proses mengesan individu Cecelia Yap Song. Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Razarudin berkata, sebanyak 16 laporan polis diterima setakat berhubung kes berkenaam.

Terdahulu, pada Selasa lalu, Harith Iskander, 54, memuat naik hantaran serta sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ‘ham’ sap kopi berharga RM5.50.

“Saya begitu keliru. Iman saya tergugat. Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara.

“Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi hamsap, tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan ‘ham’ di dalamnya. Ini untuk diminum atau dimakan?.

“Saya mesti buat laporan polis kerana saya terlalu lemah sehingga hilang semua kemampuan untuk berfikir secara logik. Siapa lagi yang keliru?”, tulisnya dalam hantaran berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI