fbpx

Isu ‘Becoming Hannah’: Kertas siasatan sudah dirujuk AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Polis merujuk kertas siasatan berkait isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya sedang menunggu arahan daripada pihak AGC untuk tindakan selanjutnya.

“Kita telah menerima sebanyak 182 laporan polis berkaitan isu berkenaan. Kertas siasatan dibuka di bawah Kanun Keseksaan dan kertas enkuiri polis (KEP),” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Disember lalu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut sebelum ini memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat memurtadkan orang Muslim atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Beliau dilaporkan berkata, penyebaran video dan mesej berniat jahat itu dikhuatiri boleh menjejaskan rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Pada 30 Januari 2020, Hannah dilaporkan memfailkan saman terhadap Musa berhubung kenyataan dibuat semasa ucapannya dalam satu forum Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau mendakwa, Musa antara lain menuduhnya menulis buku ‘Becoming Hannah’ untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian, mempunyai hubungan dengan pendakwah Evangelis dan Yahudi untuk merosakkan Islam serta Malaysia selain mengutamakan kepentingan peribadi melebihi kepentingan negara.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu bagaimanapun menolak saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Segambut itu.

Hannah kemudian memfailkan rayuan pada 26 Disember susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata, semua pihak harus menghormati proses kehakiman dan tidak mempolitikkan isu tersebut.

Ahli Parlimen Segambut itu memberitahu, beliau dinasihatkan peguamnya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI