fbpx

Ingatkan dapat RM45 juta…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Gara-gara ‘tergoda’ dengan keuntungan sehingga 70 peratus bagi pelaburan kripto membuatkan seorang bekas pengurus syarikat swasta kerugian RM2.05 juta.

Semuanya bermula apabila mangsa berusia 59 tahun telah melihat iklan pelaburan berkaitannya di laman sosial Facebook pada pertengahan Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan penipuan itu diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor di daerah ini mengenai pelaburan tidak wujud.

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa telah dimasukkan ke sebuah kumpulan aplikasi WhatApps dan ditawarkan pelan pelaburan kripto dengan keuntungan antara 30 hingga 70 peratus dalam tempoh singkat.

“Mangsa telah diarahkan untuk membuat pelaburan melalui sebuah laman web dengan diyakinkan mendapat keuntungan sebanyak RM46 juta di platform itu.

“Sebanyak 41 transaksi berjumlah RM2.05 juta dilakukan mangsa kepada sebelas akaun bank berbeza bermula 29 Oktober tahun lepas hingga 18 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Jelasnya, mangsa sedar telah ditipu apabila ingin mengeluarkan wang keuntungan pelaburan itu, namun diminta membuat pelbagai jenis bayaran lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI