fbpx

Inflasi dijangka kekal terkawal, sekitar 2.5% tahun ini – AmBank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rasionalisasi subsidi RON95 merupakan perkara yang diikuti rapat pengguna terutamanya kerana ia bakal memberi pelbagai impak. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi Malaysia diunjurkan kekal terkawal tahun ini, meskipun dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 yang dijadualkan pada pertengahan tahun, ditambah kemungkinan kenaikan tarif elektrik pada Julai, menurut AmBank.

Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group, Firdaos Rosli berkata, pihaknya menjangkakan paras inflasi sekitar 2.5 peratus dan mungkin boleh mencecah tiga peratus bagi tahun 2025, berbanding hanya 1.8 peratus tahun lalu.

“Apa yang kita saksikan tahun lalu adalah agak mengejutkan apabila tidak berlaku lonjakan inflasi selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, kami menjangkakan sekiranya kerajaan memulakan rasionalisasi RON95 tahun ini, situasi hampir sama akan berlaku.

“Terdapat banyak faktor yang menyokong kadar inflasi yang rendah tahun ini, antaranya pola harga minyak mentah dunia yang kini berada pada trend rendah, dijangka sekitar AS$75 (RM328) setong bagi 2025.

“Selain itu, mekanisme rasionalisasi subsidi hari ini dilihat berbeza berbanding dahulu, meskipun harga akan lebih menyamai kadar pasaran, ideanya ialah cuba memastikan langkah tersebut tidak memberi impak signifikan kepada inflasi,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Unjuran Makroekonomi bagi tahun 2025 hari ini.

RON95 dan elektrik masing-masing menyumbang 5.5 peratus dan 2.7 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna.

Pada masa sama, Firdaos berkata, tambahan risiko inflasi mungkin berpunca daripada potensi pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat, yang boleh meningkat kos import dan menambah tekanan pada harga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI