PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri pagi ini dan dijangka berlarutan sehingga pukul 2 petang nanti.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu melibatkan seluruh daerah di Johor dan beberapa kawasan negeri Pahang.
“Amaran ribut petir dikeluarkan di Pahang hanya melibatkan Pekan dan Rompin,” lapor MetMalaysia.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE