fbpx

Hakim sekat perintah Presiden Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Trump tandatangani perintah kewarganegaraan. - Foto AFP

LOS ANGELES –  Seorang hakim persekutuan menghalang percubaan Presiden Donald Trump menyekat  hak kewarganegaraan automatik yang diberikan kepada setiap bayi dilahirkan di Amerika.

Trump menandatangani perintah eksekutif paling kontroversi beberapa jam selepas beliau mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua.

“Ini adalah perintah yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Amerika,” kata Hakim Daerah AS, John Coughenour.

Coughenour menegur peguam Jabatan Kehakiman, Brett Shumate susulan dakwaannya bahawa perintah Trump adalah mengikut perlembagaan.

“Terus-terang, saya menghadapi kesukaran untuk memahami bagaimana seorang peguam boleh menyatakan bahawa ini (permintaan Trump) adalah berlandaskan perlembagaan,” katanya.

Susulan keputusan itu, Trump memberitahu pemberita bahawa pentadbirannya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Perintah Trump itu berdasarkan idea bahawa sesiapa sahaja yang berada di AS secara haram atau memasuki negara itu dengan menggunakan visa, mereka tiada hak untuk mendapatkan keistimewaan tersebut. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI