fbpx

Emas ‘singa dakap’ bikin kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelang emas berbentuk singa.

PETALING JAYA – Rekaan gelang emas terbaru berbentuk singa seolah-olah ‘mendakap’ pergelangan tangan mencuri tumpuan orang ramai dengan keunikan dan kemewahannya.

Sebuah hantaran oleh Taiko di Facebook menunjukkan pekerja kedai emas sedang mencuba untuk memakai gelang bersaiz besar itu pada pergelangan tangan pelanggannya.

Hantaran itu telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang berseloroh di ruangan komen mengenai reka bentuk gelang emas tersebut.

“Selalu dengar pulut dakap je, pertama kali tengok singa dakap,” kata Mohd Shahril yang tidak pernah melihat gelang emas berbentuk singa.

Taiko pula berjenaka dengan menyatakan, “Siap sedialah raya nanti, singa melekat dekat lengan,” merujuk kepada betapa besar gelang tersebut di pergelangan tangan.

“Kenapa tak beli gold bar (jongkong emas) 1 kilogram je gantung dekat leher? Senang nak jual dalam bentuk tu,” ujar Lim Ngian Cher dengan sinis sambil mencadangkan alternatif lebih praktikal.

“Aduhai, yang tolong pakaikan pun keliru berapa kali nak kena belit,” komen Kodai Fz menambah jenaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI