fbpx

‘Berani dia menyamar jadi ikan bilis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian yang dimuat naik di Facebook oleh Angkol yang memaparkan kuda laut kecil di dalam hidangan nasi lemak.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila menemui seekor kuda laut kecil dalam nasi lemak.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh Angkol, kelihatan seekor kuda laut kecil yang digoreng garing bersama ikan bilis dalam hidangan nasi lemaknya.

“Terkejut saya sarapan pagi tadi, pertama kali dapat makan nasi lemak ‘unicorn’,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai netizen yang memberikan pelbagai komen lucu mengenai insiden unik itu.

“Aduh, kenapa dia berani menyamar jadi ikan bilis,” kata San San.

“Selalu dapat bulu hidung atau bulu mata, kali ini paling unik ya,” tulis Vieonnylea.

“Lepas ini mesti muka abang licin dan berseri sebab makan kuda laut,” seloroh Daniel Leo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI