fbpx

‘Bapa saya langsung tiada duit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Radzi ketika dibawa polis selepas prosiding di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

KLANG – “Minta kurang jaminan, bapa saya langsung tiada duit Yang Arif”.

Demikian rayuan seorang penghantar barangan, Muhammad Radzi Azman, 32 yang dituduh di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan penipuan sebanyak RM36, 050 pada tahun lalu.

Terdahulu, bapa kepada dua anak tersebut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid.

Muhammad Radzi didakwa dengan curang memperdayakan seorang lelaki berusia 39 tahun untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM36,050 yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah syarikat loji kuasa haba, Kapar antara 6 Julai hingga 5 September 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Nadia Syuhada Rosli menawarkan jaminan sebanyak RM6,000 bersama seorang penjamin.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) James Chan dalam mitigasinya memaklumkan anak guamnya itu bekerja sebagai penghantar dan mempunyai dua anak serta insaf sebab kurang berwaspada ditipu rakannya.

Muhammad Radzi kemudiannya menambah rayuan bahawa dia telah diperdaya dan meminta jasa baik bagi pengurangan jaminan.

Namun, Majistret Amirul Asyraf menegaskan bahawa hari ini cuma untuk proses rayuan jaminan dan kenyataan – kenyataan lain berhubung unsur diperdaya itu diperjelaskan semasa prosiding perbicaraan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM2,500 bersama seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 7 April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI