fbpx

Bagnaia wajar jadi keutamaan Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA (kiri) dan Marquez bergambar bersama jentera yang akan digunakan untuk saingan musim baharu kali ini. - DUCATI CORSE

MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama rata kepada semua pelumba dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Marquez yang kini menyertai Ducati selepas meninggalkan Repsol Honda menyedari kedudukan Bagnaia sebagai tonggak utama pasukan tersebut.

Dengan dua gelaran dunia dalam tiga musim terakhir, Bagnaia telah mengukuhkan statusnya sebagai pelumba paling berjaya dalam sejarah Ducati sejak era Casey Stoner pada 2007.

“Saya tahu di mana saya tiba. Saya memasuki garaj rujukan di mana terdapat seorang pelumba yang telah kukuh di dalamnya, iaitu Bagnaia. Dia telah banyak menyumbang kepada Ducati dan logik untuk dia diberi keutamaan.

“Tetapi pada akhirnya, Ducati menghargai semua pelumba sama rata. Mereka menyampaikan kepada saya bahawa kejayaan pasukan lebih penting. Jika seorang tidak menang, pelumba lain harus menang. Itulah niat mereka,” kata Marquez.

Keputusan Ducati untuk menyatukan dua juara dunia dalam satu pasukan mencetuskan persoalan tentang bagaimana mereka akan mengendalikan dinamik dalaman, namun kedua-dua pelumba memiliki misi masing-masing untuk 2025.

Bagnaia kini memburu gelaran ketiganya dalam empat musim selepas tewas kepada rakan sepasukan dari Pramac, Jorge Martin pada tahun lalu.

Marquez pula ingin menewaskan Bagnaia di kubu Ducati untuk mengejar gelaran ketujuh yang akan menyamai pencapaian legenda MotoGP, Valentino Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI