fbpx

Angin lintang, kecuaian punca nahas laluan Ainsdale-Bandar Sri Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan akan melaksanakan rondaan berkala di dua lokasi ‘hot spot’ kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi memastikan respons pantas dapat digerakkan membantu mangsa.

Penolong Pengarah (Bahagian Keselamatan Kebakaran), Penguasa Kanan Bomba II, Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi yang mewakili Pengarah JBPM Negeri Sembilan berkata, lokasi membabitkan kedua-dua arah berkenaan dikenal pasti merupakan lokasi berlakunya kejadian angin lintang.

“Untuk makluman ada dua kawasan yang memang dikatakan kawasan ‘hot spot’ iaitu bermula dari sempadan Melaka/ Negeri Sembilan iaitu kilometer 222 sehingga ke Hentian Sebelah Senawang.

“Keduanya, kawasan kilometer 267 iaitu dari Bandar Ainsdale hinggalah berhampiran Bandar Sri Putra. Faktor biasa angin lintang dan kecuaian berikutan kawasan tiada Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari segi pemanduan.

“Tindakan kita adalah dengan atur gerak Unit Bermotor Bomba (RIM) untuk memberikan respon lebih cepat ke lokasi kemalangan, selain bersedia di lokasi Tol Pedas sepanjang ops ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Program Kempen Kesedaran dan Keselamatan Awam Musim Perayaan dan Ops Raya Tahun Baru Cina 2025 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan), di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI