fbpx

Sungkup plastik jejas tanaman petani, kesihatan manusia – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohideen (tengah) menunjukkan bahan semula jadi yang dijadikan sungkup organik di kebun CAP, di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa petani di seluruh negara supaya berhenti menggunakan sungkup plastik dalam pertanian dan beralih kepada penggunaan sungkup organik bagi melindungi alam sekitar serta kesihatan awam.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader mendakwa, penggunaan sungkup plastik yang semakin meluas sejak diperkenalkan pada 1950-an telah memberi kesan negatif terhadap tanah, tanaman, dan kesihatan manusia.

“Sungkup plastik seperti plastik hitam pertanian dan plastik supershine mengandungi polietilena ketumpatan rendah (LDPE) yang mengambil masa ratusan tahun untuk terurai.

“Ia akan melepaskan mikroplastik yang mengganggu aktiviti enzimatik tanah serta menjejaskan mikroorganisma penting untuk kesuburan tanah,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat CAP, di sini hari ini.

Menurut Mohideen, semasa proses penguraian, sungkup plastik turut membebaskan bahan kimia berbahaya seperti ftalat yang boleh menjejaskan sistem reproduktif, neurologi dan perkembangan manusia.

“Sungkup organik menawarkan alternatif yang lebih mesra alam kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi seperti daun kering, jerami, kulit kayu, dan serpihan kayu.

“Bahan-bahan ini mudah diuraikan oleh mikroorganisma tanah, sekali gus menyumbang kepada kesuburan dan kesihatan tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI