fbpx

Shila Amzah dedah pernah tolak gelaran ‘Datuk’ lebih sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila mendedahkan pernah ditawarkan gelaran 'Datuk' beberapa kali.

PETALING JAYA – Pernah ditawarkan gelaran Datuk, penyanyi Shila Amzah terpaksa menolak secara baik kerana lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa memikirkan pangkat.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 34, berkata, dia tidak mengejar gelaran yang boleh menjadi jurang kedekatan antaranya dengan peminat.

“Layak atau tidak (dapat darjah kebesaran) itu subjektif. Saya pernah tolak (tawaran) beberapa kali. Sebelum itu saya ditanya-tanya dulu kerana sebelum beri akan ada yang ‘risik-risik’.

“Tapi saya lebih gemar menjadi sekadar Shila Amzah sahaja. Saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang.

“Orang nak bagi gelaran sedaya upaya saya elak. Bukan tak hargai cuma ini bukan yang saya kejar. Saya enggan ada jurang,” katanya ketika diundang ke program audio siar Ubai Sentral.

Wawancara santai itu dikendalikan suami penyanyi itu sendiri, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, yang turut menyentuh pelbagai kisah lain.

Perkongsian tersebut diluahkan selepas Ubai membacakan komen pengikut yang menyatakan Shila sudah layak bergelar Datuk atas sumbangannya kepada industri seni.

Pada masa sama, artis yang menempa nama di China itu sempat berseloroh dengan suaminya dia hanya menunggu gelaran datuk dan nenek selepas anak mereka berkahwin kelak.

Bukan hanya di negara ini, Shila diminati di China malah mempunyai 2.4 juta pengikut di Weibo iaitu media sosial popular di China selepas memenangi pertandingan nyanyian realiti Asian Wave di Shanghai pada 2012.

Kebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin turut membolehkannya menyertai program paling popular di China, I Am A Singer (musim dua) pada 2014 yang ditonton 500 juta penonton seminggu.

Dia muncul sebagai pilihan nombor dua juri profesional dan pilihan nombor tiga penonton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI