JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan berpuluh-puluh pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah dipaksa menjalani ujian kehamilan, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di SMA Sulthan Baruna, Cianjur, dalam wilayah Jawa Barat, baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kumparan menunjukkan pelajar perempuan beratur di hadapan tandas sambil ditemani beberapa guru.
Selain kehamilan, ujian air kencing itu bertujuan untuk mengesan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.
Pengarah Pendidikan Jawa Barat, Nonong Winarni berkat: “Ujian air kencing dilakukan sebagai kaedah untuk mencegah pergaulan bebas serta membina karakter dan akhlak pelajar.”
Klip video itu mencatatkan lebih 851,000 tontonan bersama 576 komen.
“Yang kena semua pelajar perempuan, murid lelaki santai,” kata seorang netizen.
“Bagus! Saya setuju dengan cara ini!” kata netizen lain. – AGENSI