fbpx

Penjimatan tol percuma tambah baik pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerajaan disaran menggunakan RM20 juta yang dapat dijimatkan dengan memansuhkan pemberian tol percuma untuk menambah baik pengangkutan awam.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, penjimatan itu perlu dibelanjakan untuk kebaikan rakyat dan lebih penting dapat dirasai oleh rakyat.

“Sebagaimana pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel, walaupun kerajaan mendakwa dapat menjmatkan sehingga RM7.5 bilion, tetapi rakyat mengeluh harga barangan tetap naik akibat kos pengangkutan lebih mahal.

“Oleh itu, dicadangkan penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM20 juta bagi satu hari tol percuma dilaksanakan, atau hampir RM200 juta setahun dapat disalurkan kepada penambahbaikan pengangkutan awam.

“Khususnya perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yew Chuan berkata, terdapat banyak aduan daripada pengguna berkenaan sistem LRT dan MRT yang sering dibelenggu masalah kelewatan, kesesakan, kerosakan dan juga keselamatan.

Justeru, katanya, kerajaan dicadangkan menggunakan penjimatan wang tersebut untuk memberi tumpuan terhadap penyelenggaraan tren.

Kata beliau, keselamatan di sekitar kawasan pengangkutan awam juga harus dipertingkatkan dan menambah anggota keselamatan di kawasan titik panas jenayah.

“Selain memastikan keselamatan pengguna di dalam stesen dan tren, pengawal keselamatan juga boleh ditugaskan di luar stesen.

“Kedua-dua langkah ini akan membolehkan rakyat melihat dan merasai sendiri bahawa kerajaan mengutamakan kehendak rakyat, dan sentiasa mendengar keluhan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI