fbpx

Pengurus terima RM50,000 ‘adjust’ projek bina lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIRULNIZAM (kanan) dituduh menerima suapan RM50,000 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. -Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah RM50,000 bagi membantu sebuah syarikat pembinaan mendapatkan projek pembinaan lebuh raya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zairulnizam Rohani, 47, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menerima suapan rasuah bernilai RM50,000 masing-masing menerusi tiga pemindahan atas talian ke dalam akaun milik isterinya.

Wang tersebut sebagai upah kepada lelaki itu kerana membantu sebuah syarikat pembinaan mendapatkan kerja membina dan menyiapkan projek lebuh raya.

Perbuatan itu didakwa itu dilakukan di sebuah cawangan bank tempatan di Taman Universiti, di sini, pada 7, 12 dan 13 Disember 2023.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Asmah Zainal Ariffin manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Salleh Tugimin.

Hakim Siti Noraida memerintahkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri setiap bulan di Pejabat SPRM. Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Februari depan, bagi penyerahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI