fbpx

Pemandu bas ekspres gelabah pegawai JPJ jadi penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifly (depan) memeriksa kenderaan yang disyaki melakukan pengubahsuaian dalam Op Tahun Baru Cina di Plaza Tol Juru, malam tadi. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pemandu bas ekspres kini lebih berwaspada susulan menyedari kehadiran anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyamar sebagai penumpang terutamanya semasa musim perayaan.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, kesedaran itu membuktikan keberkesanan operasi sekali gus meningkatkan pematuhan pemanduan ketika berada di jalan raya.

Menurutnya, anggota yang menyamar akan menaiki bas tanpa disedari dan kesalahan pemandu akan dicatit sebelum tindakan diambil.

“Kalau kita tengok, kaedah (penyamaran) ini berhasil, cuma kalau di musim perayaan khususnya pemandu bas dah tahu, maka mereka akan lebih ‘alert’.

“Kalau pemandu sudah berjaga-jaga dan waspada akan kehadiran anggota, itu sebenarnya sudah kira bagus.

“Mereka (pemandu) akan lebih berhati-hati untuk pastikan tidak melanggar peraturan sekali gus memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Op Khas Tahun Baharu Cina 2025 di Plaza Tol Juru Arah Utara, di sini malam tadi.

Operasi yang berlangsung selama 19 hari sehingga 9 Februari itu membabitkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI