fbpx

Pemalsuan tandatangan cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIKNESWARAN (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut.

KUALA LUMPUR – Pemilihan jawatan Presiden Kelab Hoki Kuala Lumpur (PHKL) menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) pada 25 Januari ini dicemari dakwaan serius berkaitan pemalsuan tandatangan.

Pengerusi AGM ke-28, Datuk Michael Wong mengesahkan terdapat pelanggaran serius berhubung borang penamaan calon yang dihantar oleh Persatuan Pendidikan Sukan Hoki Kuala Lumpur (Hockademy).

Dakwaan tersebut membabitkan tandatangan palsu yang dikatakan milik Reginald Allan Netto, iaitu salah seorang calon yang bertanding.

“Selepas penelitian terperinci terhadap semua dokumen berkaitan, termasuk borang pencalonan Hockademy, saya mendapati terdapat salah laku yang amat membimbangkan.

“Ini termasuk kemungkinan pemalsuan tandatangan atau aktiviti penipuan yang melanggar integriti proses pencalonan,” katanya dalam sidang media khas di Stadium Hoki Kuala Lumpur hari ini.

Susulan penemuan itu, Michael telah membatalkan keseluruhan borang pencalonan berkenaan dan membuat laporan polis di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan, berkaitan pemalsuan dokumen.

Presiden PHKL, I. Vikneswaran turut mengecam insiden itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang mencemar nama baik sukan hoki serta menjejaskan usaha pembangunan sukan negara.

“Ini bukan cara yang sihat untuk kita membangunkan sukan negara. Saya tidak jangka perkara seperti ini berlaku dalam kalangan individu yang berpengalaman dan berpengetahuan luas. Kami telah bertindak profesional,” katanya.

Borang penamaan calon yang diterima PHKL pada 19 Disember 2024 itu dibatalkan oleh Majlis Tertinggi PHKL pada 21 Januari 2025, selepas Reginald membuat penafian rasmi dia tidak pernah bersetuju atau menandatangani borang berkenaan.

Sebagai rekod, Vikneswaran bergelar presiden PHKL sejak 2022 selepas pernah memangku jawatan tersebut dan menggantikan penyandang, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI