fbpx

MP Kepala Batas jelas saman RM830,000 kepada trio DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Mastura

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad sudah menjelaskan bayaran sebanyak RM830,034.75 terhadap trio pemimpin DAP iaitu Tan Sri Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta Teresa Kok, semalam.

Pembayaran merangkumi ganti rugi dan kos guaman termasuk faedah itu dilakukan menerusi penyerahan cek kepada peguam Datuk Sankara Nair yang mewakili ketiga-tiga plaintif terbabit.

Sankara telah mengesahkan mengenai perkara itu dan memberitahu yang firma guamannya telah telah menerima bayaran termasuk faedah daripada Siti Mastura.

Persetujuan tersebut berjaya dicapai kedua-dua pihak terbabit di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon semalam.

Menurut Sankara, pihaknya akan mengeluarkan surat ikatan kepada defendan untuk tindakan lanjut dan menunggu untuk perbicaraan Mahkamah Rayuan.

“Persetujuan ini akan direkodkan dan kami akan mengeluarkan surat aku janji yang diperlukan,” katanya menerusi aplikasi Zoom Meeting yang diadakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini. Turut hadir ialah peguam yang mewakili Siti Mastura, Yusfarizal Yusoff.

Sementara itu, Yusfarizal berkata, pihaknya meminta supaya kes tersebut dipanggil di dalam kamar berikutan kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan mengenai pengaturan kes tersebut.

“Defendan telahpun membuat pembayaran kepada firma guaman Sankara Nair dan jumlah tersebut dibayar ke dalam akaun dengan syarat wang tersebut disimpan dalam akaun itu sehingga selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Ia telah dipersetujui kedua-dua pihak dan pendengaran rayuan dijangka akan berlangsung di Mahkamah Rayuan pada 13 Mac ini. Kes ini kini sudah di peringkat pengurusan kes,” ujarnya.

Pada 4 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan bahawa kenyataan Siti Mastura yang mengaitkan tiga pemimpin DAP tersebut dengan komunis sebagai fitnah yang tidak berjaya dibuktikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI