fbpx

Misi di Switzerland capai matlamat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Misi delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland mencapai matlamat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, matlamat tercapai itu terutama dalam meningkatkan keterlihatan Malaysia dan ASEAN.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau turut menyertai dialog utama seperti ASEAN Plenary dan perbincangan eksklusif bersama kepimpinan WEF.

“Saya turut gunakan kesempatan ini untuk mengukuhkan persahabatan dengan Somalia, Belanda, dan Libya di samping mempromosikan ASEAN bersempena Kepengerusian Malaysia tahun ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, beliau turut bertemu dengan syarikat terkemuka dunia yang berminat meningkatkan pelaburan di Malaysia.

Kata beliau, ia termasuk dalam sektor kesihatan, tenaga boleh baharu dan kecerdasan buatan (AI)

“Sokongan ini mencerminkan keyakinan global terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan strategik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI