fbpx

Malaysia pengeluar getah nombor satu dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Malaysia disasarkan menjadi pengeluar getah nombor satu dunia dalam tempoh 10 tahun melalui beberapa pendekatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia ketika ini memiliki 800,000 hektar kawasan penanaman getah.

“Penanaman semula mesti menggunakan baka yang baik dan kaedah automasi bagi penorehan dan kaedah pengumpulan.

“Memperbanyakkan lagi depoh untuk lateks,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pegawai Lapangan RISDA Tahun 2025 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, penjualan kayu terawat daripada pokok getah yang ditebang juga dijual pada harga yang lebih tinggi sekali gus membantu merancakkan sektor getah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI