fbpx

Lelaki Indonesia cuba seludup keluar dadah RM158,772 gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA dadah yang dirampas dalam satu operasi khas dilakukan di kawasan Sungai Rengit, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Ikhtiar seorang lelaki Indonesia yang cuba menyeludup keluar pelbagai jenis dadah ke negara asalnya menggunakan laluan tikus tidak berhasil apabila dia dicekup dalam serbuan di kawasan Sungai Rengit di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, dalam serbuan yang dijalankan pada pukul 2.45 pagi, suspek yang diberkas itu berusia 31 tahun.

Menurutnya, kejayaan membanteras kegiatan pengedaran dadah itu hasil risikan dan intipan yang dijalankan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Tinggi.

“Suspek dipercayai dalam cubaan untuk membawa keluar dadah terbabit ke negara asalnya untuk diedarkan kepada pelanggan di sana.

“Modus operandi kegiatan sindiket pengedaran dadah ini menggunakan bungkusan teh Cina tertera ‘guanyinwang’ bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Yusof, dalam operasi itu pihak polis telah berjaya membuat rampasan dadah anggaran berat lebih kurang 2,267 gram serbuk ketulan kristal disyaki methmaphetamine bernilai RM72,544.

Katanya, selain itu, turut dirampas 776 gram serbuk putih disyaki ketamin bernilai RM38,800, 284 gram serbuk disyaki ekstasi bernilai RM47,428 yang mana jumlah nilai rampasan dadah adalah RM158,772. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI