fbpx

KKR sasar selesai 16 projek sakit seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad semasa lawatan kerjanya ke JKR Selangor, hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk menyelesaikan kesemua 16 projek sakit yang dikenal pasti di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu meliputi sebanyak tiga peratus dengan berada di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jelas beliau, faktor itu antaranya berpunca masalah kewangan dan pengurusan daripada pihak kontraktor yang telah dilantik.

“Kita menerusi JKR sememangnya ada memberi amaran kepada kontraktor terlibat atau membuat pelantikan baharu.

“Justeru, kita menyasarkan untuk sifar atau kosongkan semua projek sakit dan mahu menyelesaikannya tahun ini,” katanya pada sidang akhbar semasa lawatan kerja rasmi di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Seksyen 17 di sini, hari ini.

Kata Ahmad, hanya satu projek sakit yang dikenal pasti di Selangor melibatkan Klinik Kesihatan Timah Langat, Sepang.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 20 projek Persekutuan di bawah JKR Selangor dikenal pasti bagi tahun ini meliputi pembinaan bangunan baharu dengan kos RM223.73 juta dan tujuh projek penyenggaraan bangunan bernilai RM 28.97 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI