fbpx

Kes bunuh Cikgu Istiqomah pindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

ALOR GAJAH – Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan kes seorang pelabur mata wang yang didakwa membunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Majistret Dr. Teoh Shu Yee memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri.

Pada prosiding 23 Disember tahun lalu, mahkamah diberitahu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat mangsa telah diperoleh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, Mohd. Fadzly Ariffadzilah, 37, didakwa melakukan bunuh terhadap Istiqomah di tepi jalan Kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah antara 26 dan 31 Disember 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Istiqomah dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023 selepas keluar bekerja, namun keretanya ditemui di sekitar Kota Masai, Johor kira-kira pukul 2 petang hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI