fbpx

Hujan lebat di Selangor, utara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang melanda tujuh negeri sehingga pukul 7 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah, kawasan terjejas termasuk Kulim dan Bandar Baharu. Manakala, di Pulau Pinang, hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan,” katanya.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang juga dijangka terjejas.

Sementara itu, di Selangor, cuaca buruk diramalkan melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

“Di Sarawak, kawasan Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang dijangka mengalami ribut petir.

“Sabah pula melibatkan beberapa kawasan seperti Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar),” tambahnya.

Wilayah Persekutuan Labuan turut tidak terlepas daripada amaran cuaca buruk dengan keseluruhan kawasan dijangka terjejas.

Penduduk di kawasan yang terlibat dinasihatkan agar berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI