fbpx

Delux, Zulkifli anjur pameran Secret Garden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dylan Chui (dua dari kiri) bersama Zulkifli (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran pameran Secret Garden di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Delux Holdings (M) Sdn. Bhd. (Delux) menjalinkan bekerjasama dengan seniman kontemporari tempatan, Professor Zulkifli Yusoff untuk menganjurkan pa­meran Secret Garden yang sedang berlangsung sekarang hingga 12 Februari ini di Delux Flagship Store.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delux, Datuk Dylan Chui berkata, usaha sama itu adalah langkah inovatif yang mampu menjadi penanda aras dalam meningkatkan daya pemikiran dan persaingan dalam kalangan industri pembuatan autogate dan pintu sekuriti.

Menurut beliau, inisiatif itu juga dilihat dapat memberi nafas baharu kepada industri autogate tanpa trek dan pintu sekuriti selain menjadikan Delux sebagai syarikat pertama yang bekerjasama dengan seniman kontemporari Malaysia.

Siri edisi terhad yang bertajuk My Home, My Heaven, itu akan menampilkan enam autogate tanpa trek dan pintu sekuriti dengan reka bentuk yang unik dan eksklusif.

Di samping itu, Zulkifli dijemput untuk menghasilkan koleksi Secret Garden yang unik terdiri daripada lapan karya agung di atas permukaan aluminium powder-coated.

Karya-karya Secret Garden menawarkan pendekatan inovatif dan moden kerana bukannya pada permukaan kanvas.

“Delux berbesar hati be­kerjasama dengan Zulkifli buat kali pertama. Semangat berterusan kami dalam mengetengahkan inovasi serta mengekalkan keaslian jenama tidak pernah berhenti.

“Pada waktu sama, projek Secret Garden membuktikan bahawa ia boleh menjadi lebih daripada sekadar autogate atau pintu sekuriti sekali gus ia mampu menjadi sebuah karya seni yang unik,” katanya dalam ke­nyataan di sini baru-baru ini.

Menurut Chui, idea untuk menganjurkan pameran kerjasama itu mengambil masa selama dua tahun dan kedua pihak sa­ngat berbangga selepas ia ­akhirnya dijayakan.

Siri Secret Garden oleh Zulkifli diinspirasikan daripada kehidupan serta kesedihan dan ­pe­­­­­­­n­yembuhan, `menyemai’ naratif kehilangan, keimanan serta ketabahan.

Setiap karya beliau mampu mengubah kesedihan menjadi harapan.

Sementara itu, Zulkifli me­nerangkan, kerjasama antara industri dan pelukis merupakan titik perubahan dua hala yang berlaku sama ada di pihak pelukis atau industri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI