fbpx

DBKL sita ‘car wash’ warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aktiviti perniagaan cuci kenderaan dikendalikan warga asing yang dikenakan tindakan oleh DBKL semalam.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita lima buah premis mencuci kenderaan yang dikendalikan warga asing di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, turut disita perniagaan air kelapa dan pisang goreng yang dikendalikan warga asing.

“Sebanyak lima buah premis ‘car wash’, satu penjaja air kelapa dan penjaja pisang goreng dikenakan tindakan sitaan serta-merta.

“Kesemua barangan yang disita dibawa ke Stor Sitaan di Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi,” kata kenyataan itu hari ini.

DBKL berkata, tindakan dan pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” kata DBKL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI