KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporan cuacanya pada pagi ini melaporkan keadaan cuaca cerah dan baik hampir di seluruh Semenanjung Malaysia.
Walaupun begitu, hujan ringan masih direkodkan di beberapa kawasan khususnya di perairan Terengganu, utara Semenanjung, serta beberapa kawasan di Johor.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca lembab yang melanda kawasan Terengganu dan utara Semenanjung dijangka akan reda dalam masa terdekat.
Namun, cuaca hujan di sekitar Johor, terutama di kawasan Johor Barat dan Johor Selatan, dijangka berlarutan sehingga beberapa jam lagi.
Di sebelah Sabah dan Sarawak, cuaca hujan masih berlaku di beberapa kawasan dan dijangka berterusan dalam tempoh dua hingga tiga jam lagi.
Namun, keadaan cuaca di utara Sarawak dan hampir keseluruhan Sabah dilaporkan cerah, dengan hanya hujan ringan yang dilaporkan berlaku di bahagian Tawar pada ketika ini. – KOSMO! ONLINE