fbpx

Buruh didakwa cabul, cakap perkataan lucah kepada dua budak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengiringi Saidi (dua dari kanan) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencabul, menunjukkan isyarat dan mengatakan perkataan bagi maksud seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki di kawasan tali air di Bachok kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Saidi Abd. Rahman, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun 10 bulan.

Bagi pertuduhan kedua, Saidi dituduh menunjukkan isyarat dan mengatakan perkataan dengan maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan berdekatan tali air di Padang Jembal, Tawang di Bachok dekat sini kira-kira pukul 9 pagi pada 10 dan 11 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Nik Saiful Adli Burhan.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 untuk kedua-dua pertuduhan, namun Nik Saiful Adli memohon ikat jamin yang rendah diberikan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan selain menetapkan 24 Februari depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI