fbpx

Belasah isteri selepas dituduh ada perempuan simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki naik angin apabila membelasah isterinya yang menuduh dia mempunyai perempuan simpanan dalam kejadian di Telok Panglima Garang, di sini Sabtu lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia dalam lingkungan 30-an mengalami kecederaan pada tisu badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 2 petang dan menahan suspek berusia dalam lingkungan 30-an pada hari sama.

“Siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara pasangan suami isteri tersebut sebelum mangsa dipukul di badan.

“Motif kejadian dipercayai kerana suami mangsa mempunyai perempuan simpanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek kemudian dibebaskan selepas keterangannya diambil polis. Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI