fbpx

Bekas kerani FGV makan suap RM85,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARWAN Asrol (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan menyalah guna jawatan untuk mendapatkan suapan pelbagai jenis projek bagi syarikat perniagaan miliknya dengan nilai keseluruhan RM85,550 pada 2020 hingga 2021. - Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

SEREMBAN – Seorang bekas kerani FGV Palm Industries Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menyalah guna jawatan untuk mendapatkan suapan pelbagai jenis projek bagi syarikat perniagaan miliknya dengan nilai keseluruhan RM85,550 pada 2020 hingga 2021.

Tertuduh, Arwan Asrol Mohamad, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut sembilan pertuduhan itu, Arwan Asrol sebagai pegawai badan awam iaitu pembantu eksekutif (admin) yang menjalankan tugas kerani selenggara di FGV Palm Industries Sdn. Bhd., telah menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri dengan cara menyebabkan perniagaan miliknya iaitu Sinar Mz Enterprise dipelawa sehingga dilantik untuk melaksanakan kerja.

Ia bagi menyediakan tenaga kerja, bahan, peralatan, pengangkutan, insurans dan lain-lain keperluan antaranya bagi kerja-kerja pembaikan rumah, pembersihan kawasan scrubber dan shredded, ganti dan pasang longkang serta pembersihan dan pencucian bangunan di Kilang Sawit Serting Hilir dan Loji Biogas Serting Hilir bagi FGV Palm Industries Sdn. Bhd.

Kerja-kerja itu bernilai antara RM6,500 hingga RM10,000 yang mana ia berhubung dengan penyediaan dokumen bagi pemprosesan tender yang mempunyai kepentingan dengan dirinya.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di FGV Palm Industries Sdn Bhd., Kilang Sawit Serting Hilir, Bandar Seri Jempol di Jempol pada 1 Mac 2020 hingga 11 Januari 2021. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI