fbpx

Bapa didakwa pukul, tendang anak setahun lapan bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Noor Hakimie (dua dari kiri) untuk didakwa atas pertuduhan menganiaya anak perempuannya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan memukul dan menendang bayinya yang berusia setahun lapan bulan, tahun lalu.

Tertuduh, Noor Hakimie Nadzir Hamdan Mohamad Akhir, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Noor Hakimie didakwa menganiaya anak perempuannya dengan cara memukul dan menendang kepala, kaki dan pinggang bayi itu di sebuah rumah di Bachok kira-kira pukul 12.54 tengah hari hingga 2.11 petang, 30 Mac dan 13 Jun 2024.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zulfaqar Al Basysyar dan M. Taufikrullah Rusli.

Terdahulu, Kamarul Hasyime tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu serius selain melibatkan hubungan bapa dan anak kandung.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI